MINGGU 1

ToRa-ToRa
Hang Wat Pa 2..???


Alamat Internet
1.       Kata Tunggal
2.       Kata Tanya
3.       Jenis-jenis Ayat
4.       Penjodoh Bilangan
5.       Kata Ganda
               
6.       Kata Nama
7.       Kata Ganti Nama
8.       Simpulan Bahasa

9.       Kata seru
10.   Kata Hubung




 Katalog Internet

Tajuk
Kata Nama
Url

Sinopsis
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.[1] Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

Tajuk
Kata Kerja
Url

Sinopsis
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

Tajuk
Kata Tanya
Url

Sinopsis
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

Tajuk
Kata Seru
Url

Sinopsis
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.

Tajuk
Kata Ganda
Url

Sinopsis
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Tajuk
Kata Ganda Penuh
Url

Sinopsis
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-).

Tajuk
Kata Ganda Separah
Url

sinopsis
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar.

Tajuk
Kata Ganda Berentak
Url

sinopsis
Kata ganda berentak dieja tanpa tanda sempang jika kedua-dua perkataan ada makna tersendiri spt bukit bukau, namun kekecualiaan pada beberapa perkataan spt kiuh-muih (kedua-duanya ada makna tetapi tidak berkaitan - saki bermaksud kawan), tanah-tanih (tanih ialah istilah dlm bidang Geologi)

Tajuk
Kata Tunggal
url

Sinopsis
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.

Tajuk
Penjodoh Bilangan
Url

Sinposis
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama - sama kata bilangan.
Beberapa contoh penjodoh bilangan ialah buah,biji,batang,utas,kaki,
rawan,bidang,dan sebagainya.

Tajuk
Kata Adjektif
Url

Sinopsis
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.

Tajuk
Kata Nama Am
Url

Sinopsis
Kata Nama Am- Kata Nama Am digunakan untuk menyatakan nama orang, binatang,tumbuhan, benda dan tempat secara umum. Kata Nama Am ditulis dengan huruf kecil pada awal ayat.

Tajuk
Kata Nama Khas
Url

Sinopsis
Kata Nama Khas- Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama orang, binatang,tumbuhan, benda dan tempat secara khusus. Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar pada awal ayat

Tajuk
Kata Ganti Nama
Url

Sinopsis
Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk
menggantikan kata nama orang.

Tajuk
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Url

Sinopsis
Contoh kata ganti nama diri pertama ialah aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita.

Tajuk
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Url

Sinopsis
Contoh kata ganti nama diri kedua ialah anda, awak, kamu, kalian, engkau, tuanku.

Tajuk
Kata Ganti Nama diri Ketiga
Url

Sinopsis
Contoh kata ganti nama diri ketiga ialah dia, ia, baginda beliau, mereka

Tajuk
Kata Hubung
Url

Sinopsis
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
perkataan dengan perkataan;
rangkai kata dengan rangkai kata; dan
ayat dengan ayat.


Tajuk
Huruf Vokal
Url

Sinopsis
dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o



2 ulasan: