Syukur kepada tuhan kerana dengan limpahan berkatnya, saya dapat mempelajari satu kemahiran yang baru lagi melalui subjek Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM 3053). Subjek ini di bawah bimbingan cikgu Firdaus Abd Salam.
Kami rasa sangat beruntung kerana dibimbing oleh beliau yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang sangat luas dalam bidang ini. Beliau juga sangat prihatin dan peka dengan setiap masalah yang dihadapi oleh siswa siswi dan sentiasa ringan tulang untuk membantu pelatih yang menghadapi masalah. Dalam minggu pertama ini, kami dikehendaki untuk mendapatkan alamat internet dan katalog internet dari laman sesawang untuk dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran. Sepanjang minggu ini, saya tidak mengalami masalah yang besar untuk menyiapkan tugasan kerana mempunyai kemahiran sedia ada berkaitan dengan tugasan yang diberikan.
Saya juga sangat berterima kasih dengan cikgu Firdaus dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan tunjuk ajar semasa sama-sama menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada semua. Semoga sentiasa dirahmati dan berkati Tuhan.

Minggu 2
Shallom, sekali lagi saya panjatkan syukur kepada tuhan kerana saya masih diberikan-NYA peluang untuk menghirup udara segar dan menjalani kehidupan yang penuh dengan sukacita bersama dengan rakan seperjuangan sehingga kini. Dengan anugerah kasih karunia-NYA saya dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar IPG dan masih meneruskan pembelajaran dalam subjek BMM 3053.
Pada minggu ini, satu lagi tugasan yang perlu diselesaikan iaitu mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk, audio, vedio, gambar dan teks. Setiap bahan yang kami kumpul ini haruslah bersesuaian dengan tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Berdasarkan setiap kemahiran bahasa tersebut, kami perlu menyesuaikan setiap bahan yang kami telah kumpul bersesuaian dengan kemahiran dan objektif pengajaran yang terdapat dalam huraian sukatan pengajaran (HSP) mengikut darjah yang telah kami pilih. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan awal kepada kami tentang pemilihan bahan yang sesuai mengikut tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu kemahiran.
Dalam tugasan ini, saya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan pengajaran kerana rangkaian internet yang agak baik di IPG. walaupun begitu, banyak laman sesawang yang tidak dapat dilayari kerana disekat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya agak terkilan juga dengan sekatan yang dikenakan kerana kebanyakkan laman web yang disekat mengandungi banyak bahan pengajaran yang sangat berguna dan mengandungi maklumat dan ilmu yang sangat penting untuk kami ketahui dan pelajari. Saya juga tidak mengetahui sebab munasabah pihak KPM mengenakan sekatan terhadap laman sesawang tersebut. Walau bagaimanapun, Saya sentiasa munasabah diri dan berfikiran positif tentang masalah tersebut kerana mungkin ada alasan yang kukuh pihak KPM berbuat demikian mungkin saya saja yang tidak mengetahuinya.
Walaupun begitu, saya masih dapat melaksanakan tugasan yang diberikan kerananya adanya pensyarah pembimbing yang sangat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pelatih dan sentiasa memberi tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kami. Selain itu, sikap kerjasama dan saling tolong-menolong setiap rakan-rakan seperjuangan banyak membantu saya menyiapkan tugasan.
Minggu 3
Syukur kepada Tuhan kerana sekali lagi saya dapat meneruskan Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer Sekolah Rendah. Pada minggu ke-3 ini, satu lagi tugasan yang perlu dibuat iaitu berkenaan dengan Etika Penggunaan Internet dan maklumat berkaitan dengan Hak Cipta. Setiap satu tugasan tersebut perlu dialih bentuk dalam bentuk Brosher dan Power Point.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan berat kerana saya sudah mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan dengan penghasilan tugasan berbentuk Brosher dan Power Point. Dalam tugasan ini, saya dapat mempelajari sesuatu yang baru berkaitan dengan peraturan-peraturan penggunaan internet yang perlu diikuti oleh semua pengguna laman sesawang. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang hak-hak seseorang pengkarya terhadap hasil ciptaannya dan batasan-batasan yang perlu diikuti oleh individu lain apabila mengambil atau membuat rujukan berkaitan dengan karya orang lain. Selain itu, pengkarya juga berhak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang meniru atau mengambil bahagian-bahagian tertentu karyanya tanpa kebenaran penulis atau penerbitnya. Oleh itu, saya sebagai individu yang banyak membuat rujukan adalah wajar mengetahui tentang peraturan-peraturan berkaitan hak cipta dan perlu mengikuti batasan-batasan yang ditetapkan dalam peraturan tersebut.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya sangat bersyukur kerana banyak input-input baru yang saya peroleh dan sangat berguna untuk saya aplikasikan terutamanya dalam profesion perguruan yang saya ceburi. Selain itu, saya juga amat menghargai idea-idea dan pendapat-pendapat yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dan dan rakan-rakan seperjuangan. Semoga apa yang kita lakukan dihitung oleh Tuhan sebagai satu amal yang lebih mendekatkan lagi kita pada rahmatnya.
Minggu 4
Syukur kepada tuhan kerana dengan berkat dan limpah karunianya, saya masih diberikan nafas baru oleh-NYA untuk meneruskan kehidupan sehari-hari dengan penuh suka cita dan damai sejahtera sehingga saya masih lagi dapat meneruskan pembelajaran dalam Subjek Berbantukan Komputer. Subjek ini di bawah bimbingan pensyarah yang kami sangat hormati iaitu cikgu Mohd Firdaus Abd Salam yang banyak memberikan tunjuk ajar dan idea-idea bernas yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada minggu ke-4 ini.
Pada minggu ini, kami diberikan tugasan berkaitan dengan penghasilan klip video yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam tugasan ini, klip video yang dihasilkan perlu mengandungi teks yang menunjukkan perbualan atau lirik lagu yang terdapat dalam video tersebut. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mengalami sedikit masalah berkaitan dengan penghasilan video tersebut dengan memasukkan teks yang bersama-sama dengan audio yang terdapat dalam video tersebut. Masalah yang saya hadapi disini ialah saya menghadapi kesukaran untuk memotong dan mengedit video dengan menggunakan perisian yang digunakkan. Walaupun begitu, masalah yang saya hadapi akhirnya dapat saya selesaikan kerana tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan.
Walaupun banyak masalah yang saya hadapi semasa menyipkan tugasan ini kerana terpaksa berhempas pulas dengan masalah-masalah seperti beban tugas yang banyak, rangkaian internet yang agak lambat sedikit sebanyak membantutkan penyiapan tugasan ini. Saya sangat bersyukur kerana tugasan ini dapat saya siapkan akhirnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan